Tuesday, 12 June 2012

Vatican city dan Dunia akhir zaman part 10

Dialog Temubual (Bahagian 2/3):



                     

Bishop ; sudah lama kamu tidak kelihatan, ke mana kamu telah pergi..
pak cik kamu tu kesunyian…

Saya; saya pergi balik kampong sekejap…
ada hal sikit…
Bishop ;hmmm….buat persiapan ke…
(terkedu tekak aku bile dia kata macam tu)

Saya; takdalah…..Cuma jumpa kawan-kawan lama jer…

Bishop ; semua tu sia-sia saje,di dapur rumah saya pun hanya cukup untuk sehari-harian

 

Saya ; tak jugak….selain tu saya ada kumpulkan peristiwa dan berita2 di kampong saya ,
surat khabar bertarikh sebelum kemerdekaan sehinggalah sebelum saya meninggalkan
Malaysia…kemudian saya suruh peguam saya susun setiap perlembagaan undang-undang dari yg
paling besar hinggalah yg paling kecil menjadi bentuk seperti pokok yg ada dahan dan ranting sehingga daunnya,
Saya sewa sebuah dewan dan mengupah orang menulisnya di atas kertas
dan susun kertas 1 persatu mengikut susunannya sehingga penuh lantai dewan sampai kaki lima….
kertas ini bewarna hitam kemudian saya minta peguam saya trace record kes mahkamah yg pernah berlaku di Malaysia dan tulis di atas kertas dan susun kes mengikut kertas hitam tadi 
(kes yg berdasarkan peruntukan undang2) ….
Kertas mahkamah ini bewarna coklat dan ditampal diatas kertas hitam itu….
Disebuah dewan yg lain…Kemudian susun organisasi kerajaan,
kementerian,jabatan mengikut pokok dan rantingnya…
kertas kerajaan ini bewarna biru…selepas itu kami susun fungsi dan duti-duti setiap organisasi kerajaan ini di atas kertas hijau
kertas hijau ditampal di atas kertas biru Di sebuah dewan yg lain juga…
Susun organisasi kerajaan dari pemerintah,menteri, pegawai-pegawai kerajaan..
(susun mengikut gred jawatan)
organisasi kerajaan ini kertasnya bewarna merah…..
kemudian tugas-tugas jawatan ditulis di atas kertas oren
kertas oren di tampal di atas kertas merah
Dan di 6 dewan yg terakhir…dewan yg paling besar….ini yg paling sukar…
kami menyusun setiap peristiwa2 dan berita2 yg berlaku selama lebih 50 tahun,365 hari setahun,30 hari sebulan,7hari seminggu,24 jam 1 hari..
Kertas peristiwa ini bewarna kuning….
pokok dan dahanya berdasarkan turutan tarikh…
Dan banyak juga duit dan org yg saya belanjakan untuk kerja2 ini….

Bishop ; jika org lain tahu,
org akan kata kamu ni kurang siuman….tapi tidak bagi saya…
kamu mencari sesuatu yg org lain tidak pedulikan….
tapi kamu akan menemui jalan buntu semasa menyusun semua ini…

Saya; betul tu pak cik….tapi macmana pak cik tau

Bishop ; kamu mahu melihat “benedictine order” dengan seluas mata memandang….
Kamu mahu tahu bagaimana benedictine order ini berhasil…
Tapi susunan itu banyak kekuranganya…Manusia yg perlu menggerakkanya…
Kamu tidak akan mampu menulis bilangan manusia di atas kertas..

Saya ; org2 pak cik mesti pernah buat perkara seperti ini…betul tak?..
saya rasa mungkin Vatican telah menyusulnya beratus tahun dahulu…
itu anggapan saya saja..

Bishop ; kami tidak pernah tulis ianya di atas kertas sekalipun…..
Ia hanya bermain di kepala kami saja..

Saya ; wah…hebat betul orang2 pak cik…tak menulis benedictine order pada kertas….
kalau tak tulis pada kertas, Vatican tulis dekat mana…mustahil lah pak cik!..
perkara ini begitu rumit..akal manusia pun tak mampu ingat semua ni…

Bishop ; tiada masalah bagi Paus malah Paderi sekalipun…
Benedictine order hanya berlegar-legar di ingatan mereka…
Kami sangat kenal wali-wali islam lebih dari anak murid wali itu sendiri mengenali gurunya..
Wali islam lebih mulia dari malaikat
Mulia bukan setakat nama, malah wali islam mampu melakukan sesuatu yg malaikat mampu lakukan….



Saya ; memang la wali-wali Allah mulia…
manusia dan malaikat kan makhluk yang berbeza, berbeza alam…
mana mungkin manusia mampu melakukan perkara yg malaikat boleh lakukan

Bishop ; Tuhan kpd Nabi Muhamad pernah berkata
Malaikat mampu mengira jumlah titisan hujan yg turun dari langit….
Tetapi wali islam mampu mengira kerosakan jiwa manusia 1 per 1 dan sebab ia berlaku…
Umpama jumlah titisan hujan yg turun ke bumi…
Benedictine order akan merosakkan jiwa manusia sedikit demi sedikit umpama titsan
hujan yg turun ke bumi….wali islam memang celaka !!
Mereka ini akan menggangu urusan Paus!!
Wali islam mampu menghidu Benedictine order ….
Maka knight templar telah menjejaki bumi wali islam sehingga ke timur
dan ke bumi bangsa Melayu di Nusantara…
Di Nusantara,knight templar telah menemui “tapak kaki” terakhir wali-wali islam
Mereka perlu ditentang dan dibunuh !!Paus pernah berkata kpd knight templar
bunuhwali sembilan’ atau kamu akan lihat tapak kaki mereka di rome
Rupa-rupanya wali-wali islam hanya tahu perkara2 yg menyebabkan kerosakan jiwa..
tetapi tidak tahu bagaimana mahu menghasilkan perkara2 itu…
wali-wali islam bukan tandingan kepada kebijaksanaan Paus dan “wali-wali gereja

Saya ; wali-wali gereja???….gereja pun ada pangkat wali ke?..
adakah mereka mempunyai kebolehan seperti wali-wali Allah yg pak cik ckp sebentar
tadi?

Bishop; Tuhan Nabi Muhammad itu adil…Dia memberikan musuh2 Nabi Muhammad kelebihan yg sama..Benedictine order ditulis oleh wali2 vatican….Mereka “menulis seperti malaikat”…
Ya…Menulis seperti malaikat, menulis di dalam jiwa bukannya di atas kertas..

Saya : “menulis seperti malaikat”…malaikat apa yg menulis…
oh..adakah pakcik mengatakan menulis seperti malaikat raqib dan atit???…
malaikat yg menulis amal kejahatan dan kebaikan…

Bishop ; ya…benar sekali…..jiwa manusia adalah roh..
roh manusia diciptakan dari cahaya…malaikat menulis amalan kamu sepantas cahaya….
jiwa manusia sifatnya berubah-rubah dan iman manusia berubah-rubah sepantas cahaya….
maka benedictine order perlu “direka sekecil zarah”…
supaya ia boleh berfungsi dan bergerak sepantas cahaya…

Saya ; kenapa Benedictine order direka sekecil itu dan perlu bergerak sangat pantas seperti cahaya??…

Bishop ; benedictine order perlu direka pantas
supaya mampu berfungsi dalam keadaan diri kamu tidak menyedarinya,
apabila kamu tidak menyedari ia berlaku,maka kamu sebenarnya telah pun ditipu…..
pandangan mata selalu menipu,tafsiran akal selalu tersilap,
dan dan lidah pula selalu tersasul”……bukankah kata2 ini terkenal dikalangan org2 islam

Saya ; apa pentingnya Benedictine order perlu sepantas cahaya???…..
klu lebih perlahan dari cahaya x boleh ke???

Bishop ; pandangan mata yg selalu menipu….
Ya….
Mata paling banyak belajar…..
Disebabkan mata berfungsi dengan cahaya….
Urat2 saraf menghantar isyarat ke otak sepantas cahaya…
Maka benedictine order perlu sepantas cahaya….

Saya ; ish mustahil la semua ni…….jika Benedictine order sepantas cahaya….
contohnya sebuah kereta la kan…adakah kereta perlu bergerak sepantas cahaya
dan contohnya yg bukan benda spt sistem pedidikan … jika sistem pendidikan dan kereta bergerak sepantas cahaya…dah tentulah mata pun x sempat nk tengok….macamana nak tipu manusia

Bishop; yg pantas itu bukan jasad atau penampilan,
Tetapi tujuan dan hikmah sesuatu ciptaan benedictine order meresap ke dalam jiwa….
Meresap ke dalam jiwa sepantas cahaya….

(meresap sepantas cahaya….lama jugak aku termenung…sementara jiran sedang
membuat kerja2 dapur)

                                                   Bersambung ke part 11!!! 
                          http://saifulmuztaqim.blogspot.com/2012/07/saya-pak-cik.html