Siapa Taliban??
Terjemahan dari artikel "The Invisible Afghanistan".
1. Penderitaan Afghanistan
2. Taliban Sebagai Penyelamat
3. Pembaharuan Oleh Taliban
4. Hak Wanita Dipertahankan
Terjemahan artikal "The Invisible Afghanistan" Oleh Sayyid Rahmatullah
Hashemi [ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001] Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti,
agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6] " Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patungpatung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan.
Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan. Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Penderitaan Afghanistan Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia.
Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri. Pencerobohan Soviet Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman.
Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami
mati kerana bahana periuk api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini. Selepas Russia dikalahkan masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Perancis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertempuran sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huru hara tersebut ke negara-negara lain.
Taliban Sebagai Penyelamat
Melihat kepada huru hara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghanistan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata -
penyamun) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan
hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puakpuak
penyamun. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak penyamun terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).
Pembaharuan Oleh Taliban Kejayaan
Taliban Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:
1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.
2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah
melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia,
hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata canggih
seperti stinger missiles, dan ada yang memiliki pesawat dan helicopter pejuang.
Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu. Dan kerana
ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia
pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di
95% kawasan negara Afghanistan.
3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu
pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih.
4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah
memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami
menghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan
pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman
candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah
naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan
Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation.
Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar
UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar
PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan
tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.
5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di
Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak
asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak
asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk
hidup dengan selamat.
Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup
dengan selamat. Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan
keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah
memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak
perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika
Syarikat
Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi. Hak-hak Kaum Wanita Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini. Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka.
Hak Wanita Dipertahankan Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal suami masing-masing. Suatu lagi perkara buruk yang berlaku keatas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempur ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban. Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diizinkan bekerja. Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menakluki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya tinggal di rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka tinggal di rumah buat selama-lamanya. Kami
menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu tinggal rumah kerana pada masa itu keadaan huru hara tanpa penguatkuasaan undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah. Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata hak persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat di Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pemandu jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan.Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di
Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya. Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan
memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan.
No comments:
Post a Comment