Saturday 31 March 2012

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar




 

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
SayangilahBaginda Rasulullah...
Cintailah Baginda Rasulullah...
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya...
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat...
Semoga...
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sollu 'ala Nabi...
                               

Friday 30 March 2012

AWAS!! WASPADA FAHAMAN SYIAH


                                                   PENYELEWENGAN SYIAH

PENGENALAN
Perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim
ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat.
Walau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang politik dan akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.






(AYATOLLAH RUHOLLAH KHOMEINI )


LATAR BELAKANG SYIAH

Syiah Imam Dua Belas (Ja’fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi
hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di
beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di
Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah
Zaidiyah.

Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta
orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia
Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

1. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih
berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang
oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri.
Sementara selain Syiah pula mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan
yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak
menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W.

2. KEMUNCULAN PERGERAKAN ABDULLAH B. SABA’ DI PENGHUJUNG
ZAMAN UTHMAN R.A.
Abdullah b. Saba’ adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas
golongan Syiah Al-Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia
telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a, dan menjelajah ke kota-kota
Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.

3. PEPERANGAN SIFFIN DAN MAJLIS TAHKIM
Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam peristiwa
Tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua
kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukan
Arab, dan antara bangsa Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu
menjadikan imam hak di kalangan ahli bait Rasulullah S.A.W sahaja, dari
keturunan Saidina Ali r.a.

4. PEMBUNUHAN HUSSEIN R.A.
Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk
merujuk kepada mereka yang menyokong Saidina Ali r.a dan keturunannya.
Kesimpulan : Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pada tangan
Abdullah b. Saba’, tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku
peristiwa di atas, terutama selepas pembunuhan Hussein, Syiah mula muncul
sebagai suatu kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang
dilontarkan oleh Ibnu Saba’ di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.

SYIAH DI MALAYSIA
Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang
merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Di Malaysia
terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu
iaitu :



Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang
memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai
tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200
hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah Agha Khan
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar
Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari
kelompok Bohra.

Syiah Ja’fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah. (Imam Dua Belas)
Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan
Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular
ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan samaada yang
berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah
universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah
Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH
- Khalifah diwasiatkan secara Nas.
- Imam adalah maksum.
- Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
- Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
- Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut
  kemudharatan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
- Konsep al-Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari
  sebagai imam Mahdi al-Muntazar.
- Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayidina Ali.
- Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
- Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala
  Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
- Hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna.
- Menghalalkan nikah mut’ah.
- Menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah.
- Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir.

2. PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT
- Menolak Ijmak Ulama.
- Menolak Qias.
- Mengamalkan nikah mut’ah

3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM
- Menziarahi kubur Saidina Hussein, ganjarannya syurga.
- Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.
- Menghina isteri-isteri nabi S.A.W.
- Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
- Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
- Sembahyang dhuha adalah bid’ah
- Islam bukanlah syarat wajib Haji.
- Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh kedua-duanya

KITAB UTAMA
AWAS! Terdapat beberapa kitab utama Syiah yang telah dijadikan bahan rujukan,
antaranya:
1. Al-Sahabah, oleh: Haidar
2. Ahlu al-Bait, oleh: Dr. Mahfuz Mohamed
3. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas
    dan Ijtihad) oleh: Al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar.
4. Kasyf al-Asrar, oleh : Ayatullah al-Khomeini
5. Al-Hukumah al-Islamiah, oleh: Ayatullah al-Khomeini
6. Al-Sab’ah Min al-Salaf, oleh: Ayatullah al-Murtadza az-Zubaidi
7. Tahrir al-Wasilah, oleh: Ayatullah al-Khomeini
8. Al-Muraja’at, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi
9. Al-Usul Min al-Kafi, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi
10. Peshawar Nights, oleh: Al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin
11. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?, oleh: Syeikh Muhammad Mar’i al-
Amin al-Antaki – diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim (thn 1993).
12. Mafatih al-Jinan, oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

SAYA SERTAKAN VIDEO RAHSIA TENTANG PUAK SYIAH:
                                                           

                                                      AWAS!!! WASPADA FAHAMAN SYIAH 
                                                                       HARAP ANDA TIDAK 
                                                                 SESEKALI  MEMILIH SYIAH!!







Monday 26 March 2012

Hukuman jenayah dalam ISLAM

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.


UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH

Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jenayah syar'iyah.


PENGERTIAN JENAYAH

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.


PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.


HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:

a. Hukum Qisas

b. Hukum Hudud

c. Hukum Ta'zir


PENGERTIAN QISAS

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya di balas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)

"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)


JENIS JENAYAH QISAS

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.

Melukakan orang lain dengan sengaja.


HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.

Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan di bunuh, melukakan di balas dengan di lukakan dan mencederakan di balas dengan mencederakannya.


DIYAT

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).


KADAR DIYAT

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:

1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:

30 ekor unta berumur 4 tahun
30 ekor unta berumur 3 tahun
40 ekor unta yang sedang bunting
Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:

33 ekor unta berumur 4 tahun
33 ekor unta berumur 3 tahun
34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang berikut:

20 ekor unta umur 4 tahun
20 ekor unta umur 3 tahun
20 ekor unta betina umur 2 tahun
20 ekor unta jantan umur 2 tahun
20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas - 1,000 dinar

b. Wang Perak - 10,000 dirham

c. Lembu - 200 ekor

d. Kambing - 2,000 ekor

e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.


DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.

33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.
15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.
10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.
5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang.


PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)


JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:


a. Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah di rejam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.


b. Qazaf ( Menuduh berzina )

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.


c. Minum Arak

Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.


d. Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.


e. Merompak

Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:

Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f. Murtad

Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )


PENGERTIAN TA'ZIR

Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.


KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:

Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.

Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.

Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.


HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR

Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:


a. Nasihat

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

b. Teguran

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.

c. Ancaman

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

d. Pemulauan

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

e. Pengisytiharan Umum

Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.

f. Denda dan merampas harta

Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.

g. Penjara

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

h. Sebat

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

i. Buang daerah

Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga

j. Bunuh

Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai


HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku.

Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.

Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan)JAIS

Sunday 25 March 2012

Kau yang sesat, Aku sesat? Siapakah yang sesat!

                                              (uztaz azhar idrus - menjawab soalan)

UMNO kata PAS sesat dan PAS kata UMNO sesat. Kerana saling sesat – menyesatkan maka
mereka saling bercakaran walaupun sebab utama percakaran bukanlah kerana tindakan saling lempar – melempar itu, tetapi kerana dasar perjuangan mereka yang berbeza. Maksudnya, jika tak saling menuduh, tak sesat – menyesatkan pun mereka akan tetap bercakaran juga kerana percanggahan ideologi itu.

Dari dulu lagi PAS kata UMNO sesat dan dari dulu yang sama tempohnya juga UMNO kata PAS sesat. Tak tahulah bila nak berhenti. Memang bila dah sesat, memang susah nak sampai ke penghujung, apatah bila dah saling sesat – menyesatkan, lagi – lagilah susah nak ketemu hujung habisnya. Hari ini saya tak kisah pun jika mendengar orang PAS kata UMNO sesat dan begitulah jika saya dengar UMNO kata PAS sesat juga. Sebabnya, dah kalih, dah lama sangat dengar cerita saling sesat – menyesatkan ini.


Sesat  maknanya salah, menyeleweng dan tak betulnya dasar atau matlamat atau cara atau tindakan seseorang itu. Maka orang yang menyesatkan itu mestilah menerangkan maksudnya itu agar difahami. Tak masuk Islam adalah sesat, tak solat pun sesat dan solat tak ikut tertib rukun pun sesat, tetapi ia adalah sesat yang berbeza. Yang pertama sesat kufur, yang kedua sesat jenis fasiq dan yang ketiga pula sesat kerana tak ikut cara nabi, maka tak sah solatnya. Solatnya jadi sesat juga. Maksudnya, sipenuduh sesat itu kenalah menerangkan maksudnya itu agar difahami dan tak jadi sesat pula orang kerana tersalah faham maksudnya itu.

Maksudnya, si penyesat atau si penuduh itu perlulah bertanggung jawab. Mesti, kerana jika tidak, sesatnya itu akan kembali pula kepadanya kerana dia telah menyebabkan orang jadi sesat kerana tersalah faham maksudnya itu, selain kemungkinan dia sesat kerana tuduhan menyesatkan yang sememangnya tidak betul.

Macam fatwa Wilayah Persekutuan yang menyesatkan ESQ. Jika betul, bagus sangatlah fatwa itu. Selamatlah ramai orang daripada jerat ESQ yang tersohor sangat namanya itu saat ini sehingga telah ada kumpulan alumni dan generasi ESQ pula katanya. Tetapi, jika fatwa itu menambahkan kekeliruan dan kekeliruan itu gagal dijelaskan sebaik – baiknya oleh pihak berkenaan yang mahu mengekalkan fatwanya itu, maka fatwa itu pula jadi sesat. Menyesatkan yang tak sesat adalah sesat.

Apabila UMNO menuduh PAS sebagai sesat, maka ia adalah tuduhan yang berat. Ia mungkin bermaksud PAS menganut ajaran ugama Islam yang menyeleweng dasar, matlamat dan kefahamannya. Ia juga mungkin bermaksud sesat kerana tindakannya yang dilihat tidak islamik dan tidak ikut sunnah. Macam PAS berkerja sama dengan DAP dan menolak UMNO, bagi sesetengah pihak agak keterlaluan dan jauh daripada hujah ugama dan sunnah nabi. Kedua – dua kemungkinan maksud tadi telah meletakkan tuduhan tersebut begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang besar ke atas ahli PAS dan penyokongnya.

 Malangnya, tuduhan UMNO selalunya tidak diiringi dengan penjelasan yang nyata, apatah ia jauh daripada ruang untuk didebatkan atau dimuzakarahkan secara terbuka dan berani. Hanya tuduhan meliar yang entah ke mana hinggapnya.

Juga, apabila PAS menuduh UMNO pula sesat, maka ia pun satu tuduhan yang berat juga, sama berat dengan tuduhan oleh UMNO tadi. Ia mempunyai kemungkinan maksud yang sama juga yang begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang keras sekali.

Tetapi, anda dengan jelas menyaksikan kelainan yang begitu membezakan PAS daipada UMNO.
Jika UMNO tidak bertanggung jawab di atas tuduhannya itu dengan mengelak penjelasan atau muzakarah atau debat untuk menilai kebenaran tuduhan mereka, PAS pula adalah sebaliknya. Setelah menuduh UMNO sebagai sesat, palsu, batil, salah, menyeleweng, fasiq, zalim dan sebagainya, PAS tampil untuk menjelaskan dan bersedia bersemuka dengan apa cara sekalipun asalkan tuduhannya itu diikuti pula dengan penjelasan yang difahami sebaiknya oleh orang yang memerlukan kefahaman dan kejelasan

Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz biasa saja melontarkan peluru yang panas – panas ke atas UMNO dan semua tahu bahawa ia bertujuan menimbulkan polemik dan kepanasan yang akan memaksa semua untuk memohon penjelasan beliau. Adakah anda melihat beliau senyap, bersembunyi dan enggan menjawab dan mengulas lagi? Tidakkan?
Sebelah UMNO pula, macam contoh terdekat, Dato’ Shafei Afdal yang menuduh PAS sebagai sesat, ke mana beliau apabila rakyat meminta penjelasan? Muka depan HARAKAH segera menuntut penjelasan, hujah dan bukti daripadanya dan UMNO juga, tetapi tiada apa – apa selain kesepian dan senyap.

Dan perkara yang sama berlaku apabila tuduhan – tuduhan terhadap PAS oleh pemimpin UMNO dilontarkan, ia tidak lebih selain tuduhan tanpa tanggung jawab dan penjelasan yang menenangkan.
Dari sudut ini, anda tahu bahawa UMNO ketika menuduh PAS sesat, ia gagal membuktikan bahawa tuduhan itu adalah betul, bahkan ia kekal sebagai tuduhan yang bersifat fitnah dan jahat.
Oleh kerana saya begitu faham dengan tuduhan PAS terhadap UMNO sejak dulu, sejak kecil saya lagi sehingga sudah menjadi kalih dengan isu sesat – menyesat ini bahawa UMNO adalah parti sesat, maka saya begitu mudah untuk menjelaskan maksud ‘tuduhan’ PAS tersebut. Saya perturunkan di sini agar anda dapat melihat isi penting pertuduhan yang ingin sangat PAS perjelaskan kepada rakyat, samada ahli PAS atau ahli UMNO agar semua rakyat memahami kedudukan pertelagahan UMNO – PAS. Kemudian saya akan jelaskan pula mengapa PAS konsisten pula memerangi UMNO.

Pertama, UMNO sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada ugama. Oleh kerana UMNO secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.
Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Kedua, UMNO sesat dari sudut matlamat. PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat UMNO adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada ugama. Maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam. Islam yang tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Ketiga, UMNO sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah UMNO menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran ugama dan sunnah nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Ini tidak termasuk kezaliman dan rasuah yang berleluasa yang tidak diizinkan ugama.

Kesemuanya berat – berat belaka. Ia jika betul, maka UMNO betul – betul sesat dan mesti ditentang dan diperbetulkan. Jika terbukti salah dan hanya tuduhan tanpa asas, PAS pulalah yang sesat barat kerana menyesatkan yang tak sesat.
Justeru anda tahu bahawa kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggung jawaban PAS atau tuduhannya itu. Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat.
Tuduh – menuduh sesama umat Islam adalah memilukan, memalukan dan merugikan. Jadi, mengapakah PAS yang mendakwa sebagai parti Islam terus membuat tuduhan terhadap UMNO. Mengapa tidak dibiarkan UMNO sahaja yang menuduh dan memfitnah?

Ya, jawabannya adalah kerana amar makruf nahi munkar. Senyap melihat kemungkaran adalah satu dosa yang akibatnya telah diperlihatkan Allah kepada kita atas apa yang berlaku ke atas Bani Israel yang tidak mencegah kemungkaran sesama mereka.

Metodologi dakwah adalah pelbagai. Selain dakwah secara berlembut adalah hikmah, serangan keras RasuluLlah  sallaLlahu alaihi wasallam terhadap akidah kaum musyrikin dan perbuatan mereka yang menimbulkan kemarahan mereka juga adalah satu hikmah.

Kemarahan akan menyebabkan orang menjadi agresif. Ia juga menyebabkan manusia kembali untuk berfikir dan menilai kesalahan diri. UMNO telah lama agresif terhadap PAS. UMNO juga kadang kala kembali berfikir mengapa PAS konsisten dalam perjuangannya menentang UMNO dan idologinya. Itulah harapan kita untuk UMNO yang bergelumang dalam sesatnya itu.

Saya menjelaskan beza PAS daripada UMNO sesudah mereka saling tuduh – menuduh.






Saturday 24 March 2012

Jarum Halus Yahudi Merosakkan Umat Islam

Mungkin ada dikalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan,sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi,tanyalah diri sendiri samada kita pernah ditewaskan atau tidak dengan senjata-senjata ini :

SONG

Lagu yang menghiburkan.Ada anak-anak muda Islam yang tidak tahu mengucap tapi boleh menghafal lagu Hindustan atau lagu inggeris yang panjang menjela tapi tidak tahu membaca Al Fatihah.Malah ada dikalangan ibubapa yang menggalakkan untuk berkaraoke agar anak boleh menjadi penyanyi atau pelakon.

SEX

Lagi satu kegilaaan remaja atau orang tua.Sex ada dimana-mana,di kaca tv ,dalam filem,dalam iklan.Babak sex memang lumrah.Malah ada penerbit filem yang sudah berani memaparkan adegan berbikini di kolam renang.Ada pula yang lebih berani merakamkan adegan seks diri sendiri kononya untuk tatapan peribadi dan berkongsi dengan kawan menyaksikannya. Lagi sekali Yahudi Laknatullah berjaya.

SMOKE

Rokok menjadi kegilaan para remaja dan sekarang ini remaja perempuan semakin berani menghisap rokok di khalayak ramai.Kononya merekalah yang ‘up to date’.Dulu perempun yang merokok ini adalah golongan pelacur atupun penari kabaret

SPORTS

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Mereka sama -sama berlumba untuk mencari nama hinggakan bola sepak wanita turut di adakan.Bila bersukan tutup aurat jauh sekali. Sembahyang pun selalu ‘miss’. Bukan sahaja pemain,malahan yang menonton.

FUN

Hiburan dimana -mana.Kita dapati makin banyak pusat hiburan yang melalaikan di buka. Malahan makin ramai di panggil artis-artis luar negara untuk menghiburkan. Ada juga hiburan yang mengenakan syarat membeli minuman keras untuk melihat konsert seseorang artis

FASHION

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam,sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka tidak menutup aurat. Pakai tudung tapi berbaju ketat yang kadang -kadang menampakkan pusat.Yahudi ketawa lagi …umat Islam dah hampir sama macam dia..

FOOD

Banyak makanan yang diragukan status halalnya dijual dipasaran kita.Kita berbangga dengan makan barat seperti fast food dan buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.Bila makan benda haram ,macamana iman nak mantap,maka lahirlah generasi umat Islam yang berfikiran macam Yahudi.



       yahudi merosakkan pandangan muda mudi islam-ust Azhar Idrus

Friday 23 March 2012

Disebalik Pertubuhan Bangsa2 Bersatu

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pengenalan
     Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.


Tempat persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu



Sejarah
Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.


Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.


Piagam PBB
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini
  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak
  • akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia, 

Struktur Organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
  • Perhimpunan Agung
  • Majlis Keselamatan
  • Majlis Ekonomi dan Sosial
  • Majlis Peramanahan
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
  • Sekretariat 
Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.


Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

 Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.


Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.


Akiviti-Aktiviti PBB


Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:
  • Persidangan antarabangsa
  • Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
  • Kawalan dan pelucutan senjata
  • Penjagaan keamanan
  • Hak asasi manusia
  • Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
  • Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
     Persidangan antarabangsa

    Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:
    "Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

    "Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

    "Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;

    "Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.


    Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

    Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB
    PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

    Kawalan senjata dan pelucutan senjata

    PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.


    Penjagaan keamanan

    Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
    Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
    PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.


    Hak asasi manusia

    Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.
    Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.
    PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

    Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

    Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.
    Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.
    PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.
    Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]


    Senarai Badan PBB
    Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :
    • Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
    • Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
    • Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
    • Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
    • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
    • Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
    • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
    • Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
    • Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
    • Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
    • Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
    • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
    • Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
    • Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO). 


    Agensi-agensi sementara termasuk:
    • Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
    • Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
    • PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
    • Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) 

    KENYATAAN-KENYATAAN YANG SUDAH PUN SAYA MERAHKAN DIATAS 
    ADAKAH MASIH TIDAK DIJALAN KAN?


      VIDEO DIATAS MEMBUKTIKAN SIAPAKAH PBB YG SEBENARNYA!
          
      MASIH LAGI TIDAK CUKUP BUKTI?? OK..INI PULA HASIL KAJIAN DARI SAYA
      TENTANG ILUMINATI. BAGAIMANA PULA DENGAN ILUMINATI STRUTURE INI?



     BAGAIMANA PULA TENTANG BERITA PAGI SEMALAM? DI SURAT KHABAR 23 MAC 2011


    Setiausaha Agung PBB Puji Gagasan 1Malaysia
    Setiausaha Agung PBB Puji Gagasan 1Malaysia Sebagai Visi Hebat
    PUTRAJAYA: Gagasan 1Malaysia ialah satu visi yang hebat dalam menggalakkan perpaduan bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di rantau ini, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, Khamis.
    Beliau berkata gagasan itu dapat membantu dalam meningkatkan toleransi terhadap perbezaan agama, kebudayaan dan tradisi kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama serta mengamalkan kebudayaan berlainan.
    "Inilah sebenarnya apa yang PBB cuba galakkan di seluruh dunia, dan saya amat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya pada sidang media bersama selepas mengadakan perjumpaan dengan Najib, di sini.
    Ban berkata sepanjang lawatannya ke sini, beliau berasa amat kagum dengan apa yang telah dicapai oleh Malaysia di bawah kepimpinan Najib daripada segi politik, kematangan demokrasi dan juga pembangunan sosio-ekonomi.
    Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap komitmen Malaysia, terutamanya dalam pelbagai misi pengaman, dan berkata negara telah menghantar 20,000 pemuda dan pemudi untuk misi pengaman.
    "Saya amat menghargai dan menghormati pengorbanan besar yang dibuat ini; saya dengan penuh takzim ingin menyampaikan rasa kagum dan hormat saya kepada keluarga mereka dan kerajaan Malaysia," katanya.
    Ban, yang tiba pada Rabu untuk lawatan rasmi dua hari, berkata Malaysia adalah sebuah negara membangun tetapi tahap pencapaian pembangunannya amat mengagumkan dan ini boleh dikongsi dengan negara lain.
    Beliau berharap Malaysia akan terus memaparkan kebijaksanaan sedemikian serta iktibar dan pengalaman kepada banyak negara lain bukan sahaja di rantau ini tetapi juga negara di luar lingkungan rantau ini.
    "Saya dengan penuh ikhlas berharap penambahbaikan proses pilihan raya akan membawa kepada sistem yang benar-benar telus dan berwibawa yang akan memuaskan hati semua rakyat Malaysia," katanya.
    Ban berkata beliau berharap kerajaan Malaysia akan terus sudi berkongsi idea, pengalaman, komitmen dan sokongan dalam menangani pelbagai kesulitan dan cabaran di dunia.
    Kemudiannya, pada sesi soal jawab, Ban berkata beliau berharap pembaharuan dalam pemerintahan tentera di Myanmar akan membantu memastikan pilihan raya yang telus pada bulan depan.
    Ban berkata PBB sedang mengadakan perbincangan dengan pemegang-pemegang amanah untuk memastikan pilihan raya itu diadakan dengan penuh berwibawa, demokrasi, terbuka dan telus.
    Mengenai perancangan Korea Utara untuk melancarkan roket bulan depan, beliau melahirkan kebimbangan mengenai perkara itu dan berkata beliau akan membincangkannya pada Sidang Kemuncak Nuklear Seoul minggu depan.
    "Saya akan bincangkan isu ini dengan presiden Republik (Korea Selatan) di Seoul dan saya juga akan bincangkannya dengan pemimpin-pemimpin lain yang menghadiri sidang kemuncak nuklear itu," katanya.
    Korea Utara yang merupakan negara kuasa nuklear telah mengumumkan akan melancarkan sebuah roket pada bulan depan untuk menempatkan satelit ke dalam orbit, satu langkah yang dianggap oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai helah untuk melakukan ujian misil jarak jauh. 
    ADAKAH MALAYSIA KINI SEPERTI DIBAWAH:

    SO BAGAIMANA PULA DUIT SYILING TERBARU INI?

     
    ADAKAH YAHUDI SUDAH BERJAYA TUNDUKKAN UMAT2 ISLAM?


RENUNG2 KAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL .


Wednesday 21 March 2012

Siapakah Taliban? ( Afghanistan )



                                                                          Siapa Taliban??
 

                                  Terjemahan dari artikel "The Invisible Afghanistan".
 

                                                     1. Penderitaan Afghanistan
                                                     2. Taliban Sebagai Penyelamat
                                                     3. Pembaharuan Oleh Taliban
                                                     4. Hak Wanita Dipertahankan

 

              Terjemahan artikal "The Invisible Afghanistan" Oleh Sayyid Rahmatullah
Hashemi [ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001] Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti,
agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6] " Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patungpatung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan.
Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan. Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Penderitaan Afghanistan Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia.
Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri. Pencerobohan Soviet Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman
.

              Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami
mati kerana bahana periuk api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini. Selepas Russia dikalahkan masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Perancis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertempuran sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huru hara tersebut ke negara-negara lain.


                                                 Taliban Sebagai Penyelamat
Melihat kepada huru hara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghanistan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata -
penyamun) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan
hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puakpuak
penyamun. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak penyamun terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).

                                           Pembaharuan Oleh Taliban Kejayaan 
Taliban Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

 1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.
 2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah
melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia,
hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata canggih
seperti stinger missiles, dan ada yang memiliki pesawat dan helicopter pejuang.
Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu. Dan kerana
ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia
pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di
95% kawasan negara Afghanistan.
3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu
pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih.
4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah
memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami
menghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan
pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman
candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah
naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan
Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation.
Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar
UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar
PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan
tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.
5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di
Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak
asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak
asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk
hidup dengan selamat.
Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup
dengan selamat. Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan
keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah
memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak
perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika
Syarikat

           Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi. Hak-hak Kaum Wanita Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini. Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka.
Hak Wanita Dipertahankan Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal suami masing-masing. Suatu lagi perkara buruk yang berlaku keatas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempur ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban. Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diizinkan bekerja. Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menakluki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya tinggal di rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka tinggal di rumah buat selama-lamanya. Kami
menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu tinggal rumah kerana pada masa itu keadaan huru hara tanpa penguatkuasaan undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah. Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata hak persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat di Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pemandu jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan.Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di
Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya. Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan
memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan.