Wednesday, 18 July 2012

Apakah hukum membeli akhbar yang memaparkan iklan arak dan keputusan judi?

Maksud Firman Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia". (QS Al-Baqarah : 219)

Di antara tradisi orang-orang Jahiliyah dahulu adalah berjudi. Adapun bentuk judi yang paling terkenal itu adalah sepuluh orang bersepakat membeli seekor unta dengan saham yang sama. Kemudian dilakukan undian. Dari situ, tujuh orang dari mereka mendapat bagian yang berbeza-beza menurut tradisi mereka, dan tiga orang lainnya tidak mendapatkan apa-apa atau kalah.

Adapun di zaman kita saat ini, maka bentuk perjudian sudah beraneka ragam, diantaranya:

1) Apa yang dikenal dengan yanasib (undian) dalam berbagai bentuk. Yang paling sederhana di antaranya adalah dengan membeli nombor-nombor yang telah disediakan, kemudian nombor-nombor itu diundi. Pemenang pertama mendapat hadiah yang lumayan. Lalu, pemenang kedua, ketiga dan demikian seterusnya dengan jumlah hadiah yang berbeza-beza. Ini semua adalah haram, meski mereka berdalih untuk kepentingan sosial.

2) Membeli suatu barang yang di dalamnya terdapat sesuatu yang dirahasiakan atau memberinya kupon ketika membeli barang, lalu kupon-kupon itu diundi untuk menentukan pemenangnya.

3) Termasuk bentuk perjudian di zaman kita saat ini adalah insurans jiwa, kenderaan, barang-barang, kebakaran atau insurans secara umum, insurans kerosakkan, dan bentuk-bentuk insurans lainnya. Bahkan sebagian artis penyanyi menginsuranskankan suara mereka. Ini semua hukumnya haram. ( Tentang hukum insurans dan solusinya menurut Islam. Lihat majalah Al Buhuts Al-Islamiyah; edisi 17, 19, 20.Terbitan Ar Ri’asatul Ammah Li Idarotil Buhutsil Ilmiyah.)

Demikianlah, dan semua bentuk taruhan masuk ke dalam kategori judi. Pada saat ini bahkan telah ada kelab khusus judi (kasino) yang di dalamnya ada alat judi khusus yang disebut rolet, khusus untuk permainan dosa besar tersebut.

Juga termasuk judi, taruhan yang diadakan saat berlangsung pertandingan bola sepak, tinju atau semacamnya. Demikian pula dengan bentuk-bentuk permainan yang ada di beberapa kedai mainan dan pusat hiburan, sebagian besar mengandung unsur judi, seperti apa yang mereka namakan lippers.

Adapun berbagai pertandingan yang kita kenal sekarang, maka ada tiga macam:

• Pertama, untuk maksud syiar Islam, maka hal ini di bolehkan, baik dengan menggunakan hadiah atau tidak. Seperti pertandingan pacuan kuda dan memanah. Termasuk dalam kategori ini - menurut pendapat yang kuat, berbagai macam pertandingan dalam ilmu agama, seperti menghafal Al-Qur’an tetapi dengan syarat meninggalkan perkara yang melanggar syariat, seperti penyertaan wanita yang didalamya terdapat lelaki ajnabi yang mendengar bacaan.

• Kedua, pertandingan dalam sesuatu yang hukumnya mubah, seperti pertandingan sepak bola dan lomba lari, dengan cacatan, tidak melanggar hal-hal yang diharamkan seperti meninggalkan shalat, membuka aurat dan sebagainya. Semua hal ini hukumnya ja’iz (boleh) dengan syarat tanpa menggunakan hadiah.

• Ketiga, perlombaan dalam sesuatu yang diharamkan atau sarana kepada perbuatan yang diharamkan, seperti lomba ratu kecantikan atau tinju. Juga masuk ke dalam kategori ini menyelenggarakan sabung ayam, adu kambing atau yang semacamnya (Ini merupakan ringkasan diskusi bersama Syaikh Abdul Muhsin Az-Zamil semoga Allah menjaganya, kalau tidak salah beliau telah menulis makalah khusus tentang masalah ini.)

* (Dari kitab "Muharramat Istahana Bihan Naas" karya Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Munajjid / alsofwah)


                     Tiada judi yang halal disisi Islam, tapi Malaysia adalah negara Islam yang memberi lesen judi

Timbul juga persoalan, bagaimana pula dengan promosi-promosi yang melibatkan iklan judi? Sebagai contoh dalam sesetengah akhbar harian di Malaysia. Apakah ia termasuk dalam kategori haram? Sebagaimana hukum arak, perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah haram. Jadi bagaimana dengan mereka yang membeli akhbar yang mengiklankan keputusan Magnum 4D, Sport Toto dan sebagainya. Adakah dikira berdosa?



Saya utarakan isu ini di sini mohon pendapat yang lebih pakar, dan persoalan yang saya timbulkan ini adalah semata-mata untuk membuka minda pembaca dan mohon pandangan dari semua. Maksud firman Allah: "Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (QS Al-Maidah : 90-91)



 Dipetik dan diedit dari laman pengusahamuslim

PENGHARAMAN JUDI DI DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH

Pengharaman judi di dalam al-Quran berlaku secara berperingkat dan bukanlah secara sekaligus, sama seperti pengharaman arak dan pengharaman riba.
Pada mulanya, ayat 219 dari Surah al-Baqarah menceritakan:

سٌؤلونك عن الخمر والم سٌر قل ف هٌما إثم كب رٌ ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما...

Ertnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

Ayat ini diturunkan setelah segolongan orang-orang beriman bertanyakan tentang kedudukan arak kepada Rasulullah s.a.w. Sehubungan dengan ini, Al Razi11 menceritakan bahawa, sebelum turunnya ayat 219 dari Surah al Baqarah ini, iaitu semasa sebelum hijrah, telah turun suatu ayat lain di Makkah iaitu, ayat 67 dari surah al-Nahl yang berbunyi:

ومن ثمرات النخ لٌ والأعناب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا

Ertinya: “Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman yang memabukkan dan rezeki (makanan serta minuman) yang baik…”
Ketika itu, umat Islam masih meminum arak kerana ianya masih dibenarkan dan belum diharamkan lagi. Kemudian, Umar, Muaz dan sekumpulan dari para sahabat (r.a.) berkata kepada Rasulullah s.a.w.:12

" اٌ رسول الله أفتنا ف الخمر، فإنها مذهبة للعقل، مسلبة للمال"

Ertinya: “Ya Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang arak, sesungguhnya ia menghilangkan (kewarasan) aqal dan menghabiskan harta benda”.

11 Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 35.
12 Fakhruddin al Razi, rujukan yang sama seperti di atas.

Maka turunlah ayat 219 dari Surah al Baqarah ini. Walaupun sebab nuzul yang dicatatkan oleh Al Razi ini berkaitan dengan arak, namun ayat 219 dalam surah al Baqarah ini juga menyebut tentang judi atau maysir. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa terdapat dosa yang besar dalam arak dan judi ( ف هٌما إثم كب رٌ ), walaupun terdapat juga beberapa manfaat pada kedua-duanya untuk manusia. Seterusnya ayat ini menegaskan bahwa dosa yang ada pada arak dan judi ini lebih besar dari manfaat kedua-duanya ( وإثمهما أكبر من نفعهما ).

Di dalam menafsirkan ayat ini, Al Alusi menjelaskan beberapa contoh dosa atau keburukan yang dibawa oleh judi, di antaranya: memakan harta secara batil; boleh menyebabkan penjudi terjebak ke dalam jenayah curi; mencederakan jiwa; mensia-siakan keluarga; melakukan perkara yang keji dan hina; serta rasa permusuhan yang timbul baik secara tersembunyi atau terang-terangan.13
Dalam konteks arak, setelah turunnya ayat 219 dari Surah al Baqarah ini, sebahagian dari ummat Islam masih meminum arak dan sebahagian yang lain pula berhenti dari meminum arak. Pada suatu hari, Abdul Rahman bin Auf (r.a.) telah menjemput orang ramai, lalu mereka telah minum arak dan menjadi mabuk. Sebahagian dari mereka mengerjakan solat lalu membaca Surah Al Kafirun dan salah dalam bacaannya, maka turunlah ayat 43 dari Surah al Nisa’ yang melarang orang yang beriman dari mendirikan solat dalam keadaan mereka mabuk. Maka makin berkuranglah di kalangan umat Islam yang meminum arak.14
Namun, pada suatu ketika, suatu kumpulan dari golongan Ansar telah berkumpul-kumpul dan bersama mereka juga adalah Saad bin Abi Waqqas (r.a.). Mereka minum-minum sehingga mabuk dan mula membacakan sha`ir-sha`ir, sehinggalah Saad mendendangkan suatu sha`ir yang seolah-olah memperkecilkan golongan Ansar. Maka seorang Ansar telah

13 Al Alusi, seperti rujukan sebelum ini, pada m/s 115.
14 Fakhruddin al Razi, seperti rujukan sebelum ini.

memukul Saad, lalu Saad pun mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu Umar (r.a.) berdoa supaya Allah memberikan penjelasan yang sempurna tentang hukum arak, maka turunlah firman Allah dalam Surah al-Ma’idah: ayat 90 – 91,15 yang berbunyi:

إنما الخمر و الم سٌر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الش طٌان فاجتنبوه) 90 ( إنما رٌ دٌ الش طٌان أن وٌقع ب نٌكم العداوة
) والبغضاء ف الخمر والم سٌر و صٌدكم عن ذكر الله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون ) 99


Ertinya: [90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Ayat 90 dan 91 dari Surah al Maidah ini sangat lantang dan jelas dalam menjelaskan pengharaman kedua-dua arak dan judi. Malah ayat 90 menyebut larangan arak dan judi secara serentak dengan larangan syirik menyembah berhala ( الأنصاب ) dan mengundi nasib dengan anak panah (الأزلام ) untuk membayangkan besarnya dosa arak dan judi sehingga dilarang bersama dengan dosa syirik itu sendiri.

Di samping itu, ayat 91 secara khusus menyebut keburukan-keburukan judi sehingga ianya diharamkan keatas ummat Islam, iaitu: menimbulkan permusuhan dan kebencian; dan memalingkan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang.
Semasa membincangkan hikmah dari larangan dan pengharaman judi, Al Razi16 menerangkan bahawa dosa atau keburukan maysir dan qimar adalah: ia boleh membawa

15 Rujukan yang sama.

kepada permusuhan, mengutuk-ngutuk dan pertelingkahan; serta merupakan suatu bentuk mengambil harta orang lain secara batil; di samping melalaikan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan solat. Tambah beliau lagi, pertaruhan di dalam qimar dan maysir juga menimbulkan perasaan ingin cuba menang, terutama setelah mengalami kekalahan sehingga semua harta akhirnya habis digunakan untuk berjudi sehinggakan sanggup menggadaikan isteri dan anak-anak pula. Tentunya si kalah judi ini akan jatuh miskin dan menyimpan dendam kesumat terhadap lawannya yang telah menang dan merampas harta bendanya, sehingga berlakulah permusuhan dan benci-membenci yang berpanjangan di dalam masyarakat. Dari segi ugama pula, si penjudi akan jauh hatinya dari mengingati Allah dan mengerjakan solat kerana disibukkan dengan harapan untuk menang, atau marah kerana kalah judi. Bahkan sekiranya dia menang sekalipun, nescaya kemenangannya itu akan terus menenggelamkannya di dalam kesibukan demi kesibukan, sehingga tidak ingat selain dari harta yang dimenanginya itu sahaja.

Di dalam membahaskan judi yang diharamkan, para ulama’ mufassirin bersetuju bahawa maysir bermakna qimar, sebagaimana yang telah disebut di dalam perbincangan tentang takrif judi di atas. Namun, suatu persoalan yang timbul di sini adalah, adakah judi atau maysir itu hanya terhad kepada suatu bentuk qimar (pertaruhan) yang tertentu sahaja; atau ianya merujuk kepada semua jenis qimar.

Di dalam hal ini, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’.17
Qimar tertentu yang di maksudkan di sini adalah pertaruhan yang diamalkan oleh orang Arab jahiliyyah ketika itu yang melibatkan 10 bahagian yang di tentukan daripada unta yang dipertaruhkan. Bahagian-bahagian ini ditulis pada 10 anak-anak panah atau pun pena.

16 Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Jilid 6, m/s 49 dan Jilid 12, m/s 82.17 Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 40.

Selepas itu dilakukan cabutan untuk mencari siapa yang menang dan mendapat bahagian-bahagian yang telah ditentukan tersebut. Sesiapa yang tidak mendapat bahagian mesti membayar seluruh harga unta pertaruhan tersebut. Sesiapa yang menang dan mendapat bahagian pula biasanya akan menyerahkan bahagian tersebut kepada golongan faqir miskin.18
Sebahagian ulama’ berpandangan bahwa maysir tidak lah terhad kepada qimar yang tertentu seperti di atas sahaja, malah boleh mencakupi semua bentuk qimar yang pelbagai. Contohnya, Al Alusi19 berpandangan bahawa kesemua jenis qimar termasuk dalam pengertian maysir yang diharamkan, termasuklah nard (backgammon), shatranj (catur), sehinggakan permainan anak-anak dengan kekacang, dadu, cabutan undi, dan semua bentuk mukhatarah dan pertaruhan.
Pandangan ini dikuatkan oleh beberapa hadith yang di riwayatkan dari Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana selain dari pengharaman judi di dalam al-Quran, terdapat juga beberapa hadith nabi yang menerangkan tentang perharaman judi dan dosa yang terbit dari pengamalannya. Contohnya:

a. إن الله حرم الخمر والم سٌر والكوبة وكل مسكر حرام

Ertinya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi, kubah (sejenis permainan yang menggunakan papan, buah dan dadu, juga dikenali sebagai tabal atau nard) dan setiap yang memabukkan adalah haram”.20

18 Rujuk Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 39-40; dan Al-Alusi, Ruh al Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim was Sab`I al Mathani, Dar Ihya’ al Turath al `Arabi, Jilid 1, m/s 113-114.
19 Al-Alusi, Ruh al Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim was Sab`I al Mathani, Dar Ihya’ al Turath al `Arabi, Jilid 1, m/s 114.
20 Hadith riwayat Ahmad dari Ibn Abbas; Nayl al Awtar oleh Al Shawkani, Jilid 10; seperti yang dinaqalkan oleh Dr Ramadan Hafiz Abdul Rahman.

b. إ اٌكم وهات نٌ الكعبت نٌ فإنهما من م سٌر العجم

Ertinya: “Awaslah terhadap dua dadu ini, kerana sesungguhnya, kedua-duanya adalah daripada judi orang bukan Arab”.21

c. من لعب النرد فقد عصى الله ورسوله
 

Ertinya: “Sesiapa yang bermain nard (backgammon), maka sesungguhnya dia telah melakukan ma`siat terhadap Allah dan RasulNya.22
Al Alusi dan Al Razi juga ada menaqalkan pandangan Ibn Sirin, bahawa semua yang memberi risiko/bahaya (خطر ) adalah sebahagian dari maysir.23 Al Razi24 turut menaqalkan suatu riwayat bahawa Saidina Ali (r.a.) ada menyebut:

"النرد والشطرنج من الم سٌر"

Ertinya: “Nard (backgammon) dan catur adalah sebahagian dari judi.”

Al Razi25 pula menaqalkan pandangan Imam Al Shafi`i yang agak berbeza, iaitu, sekiranya permainan catur tersebut tidak melibatkan pertaruhan, lidah juga tidak berkata celupar dan tidak melalaikan solat, maka ianya tidak haram dan tidak termasuk dalam pengertian maysir; kerana maysir semestinya melibatkan penyerahan atau pengambilan harta yang tidak wujud dalam keadaan ini.

21 Hadith ini dinaqalkan oleh Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 40.
22 Malik, Al Muwatta’, Dar al Afaq al Jadidah, m/s 830.
23 Rujuk Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 40; dan Al-Alusi, Ruh al Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim was Sab`i al Mathani, Dar Ihya’ al Turath al `Arabi, Jilid 1, m/s 114. Al Razi juga menaqalkan pandangan yang sama dari Mujahid dan `Atta’
24 Fakhruddin al Razi, seperti rujukan di atas. Hadith yang hampir sama dari Saidina Ali turut dinaqalkan dalam Ibn Qudamah, al Mughni, jilid 12, m/s36; dan Al Shawkani, Nayl al Awtar, jilid 8, m/s 108.
25 Fakhruddin al Razi, seperti rujukan di atas.

Berdasarkan pandangan Imam Al Shafi`i di atas, nampaknya beliau melihat bahawa tidak semua permainan catur merupakan judi yang dilarang. Catur hanya boleh dikira sebagai judi sekiranya wujud unsur pertaruhan (penyerahan dan pengambilan harta), cakap-cakap yang boleh membawa kepada permusuhan dan melalaikan dari solat.
Berkait dengan isu ini, para ulama’ berselisih pendapat samada judi semestinya ada unsur pertaruhan dengan harta ataupun tidak semestinya. Dalam hal ini, Al Qurtubi26 di dalam tafsirnya ada menyebut bahawa Imam Malik telah membahagikan maysir kepada dua jenis, iaitu:

a. م سٌر اللهو (judi main-main) yang merangkumi nard (backgammon), catur dan segala bentuk permainan yang melalaikan;

b. م سٌر القمار (judi pertaruhan) yang merangkumi apa-apa yang manusia bertaruh wang atau harta (mukhatarah) padanya.

Secara zahirnya pandangan Imam Malik di atas menganggap semua bentuk permainan yang melalaikan sebagai suatu bentuk judi (maysir), walaupun tidak ada unsur pertaruhan. Namun, jika ada pertaruhan ia adalah judi dalam bentuk maysir al qimar. Jika tiada pertaruhan, maka ianya bukanlah qimar tapi hanya maysir jenis pertama (maysir al lahw). Berdasarkan pandangan Imam Malik ini, maysir adalah lebih umum dari qimar. Semua qimar adalah maysir, tetapi bukan semua maysir adalah qimar (iaitu maysir yang tiada unsur pertaruhan).

BENTUK-BENTUK JUDI DALAM PERBAHASAN FUQAHA’ DAN HUKUMNYA

Setelah diteliti pandangan ulama’ di dalam mentafsirkan pengharaman judi sebagaimana nas al-Quran dalam Surah al Maidah: ayat 90-91 dan al-Baqarah: ayat 219, serta Sunnah al

26 Al Qurtubi, Tafsir Al Jami` li Ahkam Al Quran, Dar al Kutub al `Ilmiyyah,
12


Rasul s.a.w., dapatlah disimpulkan bahawa judi yang dibahaskan oleh ulama’ silam boleh terjadi dalam beberapa bentuk:

a. Maysir al qimar – judi dengan pertaruhan harta yang disepakati adalah maysir yang diharamkan:

Sebahagian besar dari maysir adalah di dalam bentuk qimar atau melibatkan pertaruhan wang atau hartabenda. Maysir di dalam bentuk ini disepakati oleh semua ulama’ tentang hukumnya iaitu haram. Ini dikenali sebagai maysir al qimar menurut Imam Malik.

Ciri utama maysir al qimar adalah:

* Pemainnya samada menang atau menanggung rugi
* Permainan ini melibatkan pertaruhan harta (mukhatarah)
* Memindah milik harta melalui pertaruhan (mukhatarah)

b. Maysir al lahw yang disepakati haramnya:

Terdapat sebahagian dari maysir yang tidak semestinya melibatkan pertaruhan harta. Maysir dalam bentuk ini (yang di sebut oleh Imam Malik sebagai maysir al lahw) ada yang disepakati hukum haramnya, kerana nas dari Sunnah yang jelas mengenai pengharamannya, tidak kiralah samada ianya melibatkan pertaruhan harta atau tidak, seperti:

* Nard (النرد )
* Tawilah (الطاولة )
* Tab (الطاب )

Ciri utama maysir dalam bentuk ini adalah: Permainannya semata-mata bergantung kepada nasib dan tidak berdasarkan pemikiran, kiraan atau seumpamanya

c. Maysir al lahw yang tidak disepakati haramnya:
Para ulama’ berselisih pandangan mengenai permainan yang tidak melibatkan pertaruhan wang, tetapi memerlukan pemainnya berfikir, mengira dan menilai; samada ianya haram atau tidak. Secara umumnya Ulama’ terbahagi kepada beberapa pandangan iaitu:

* Hanafi: permainan itu asalnya haram, kecuali empat jenis: lumba kuda; lumba unta; memanah; 
   dan permainan di antara suami isteri.
* Maliki: Sama dengan pandangan Hanafi. Mengenai catur, Imam Malik dilaporkan membenci 
   permainan catur dan melarangnya (haram)
* Shafi`i: semua permainan yang bergantung kepada pengiraan, pemikiran, dan perancangan
   strategik tidak dilarang, tetapi makruh, dengan syarat tiada pertaruhan, percakapan yang buruk,
   atau melalaikan dari solat.
* Hanbali: seluruh permainan yang tiada pertaruhan harta, selagi mana tidak mengandungi mudarat
   atau melalaikan dari perkara yang fardu adalah pada asalnya harus.

ANTARA JUDI, PERMAINAN, PERTANDINGAN DAN PERADUAN

Manusia mencipta pelbagai permainan, pertandingan dan peraduan untuk pelbagai tujuan. Ada yang bertujuan untuk bersukan, melatih ketahanan fizikal, menguji ketajaman minda, berhibur dan sebagainya. Sesetengah permainan, pertandingan dan peraduan ini boleh membawa unsur judi jika tidak berhati-hati. Di sini, beberapa jenis permainan, pertandingan dan peraduan akan dibincang secara ringkas samada ia termasuk judi yang diharamkan atau tidak.

a. Permainan Catur:
Permainan catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian?Sekiranya permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda, semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah haram.Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat madhhab adalah seperti berikut:

* Hanafi: tidak dibenarkan, yakni haram
* Maliki: tidak dibenarkan, yakni haram.
* Shafi`i: ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan
   dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
* Hanbali: catur sama seperti nard dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah
   tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.

Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya. Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah. Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari

27 Contohnya hadith-hadith yang disebut oleh al Shawkani di dalam Nayl al Awtar, jilid 8, m/s 96; Ibn Hajar dalam Kitab Al Zawajir, jilid 2, m/s 166; dan Al Munziri dalam kitab Al targhib wa al tarhib, jilid 2, m/s 168.
28 Lihat pandangan Al Munziri dan Al Shawkani tentang hadith-hadith tersebut yang kebanyakannya adalah hadith marfu’, lebih-lebih lagi kerana permainan catur hanya mula dikenali semasa zaman sahabat.

nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nard bersandarkan kepada nasib semata-mata.

b. Pertandingan Melagakan Haiwan:
Pertandingan sebegini adalah haram samada ada pertaruhan wang ataupun tidak. Ini termasuklah petandingan melagakan ayam, anjing, harimau dan sebagainya. Pertandingan sebegini adalah sia-sia, tidak berfaedah dan menyakitkan haiwan yang terlibat.

c. Permainan Sukan Merbahaya (Extreme Sports)
Pertandingan sukan merbahaya boleh dibenarkan dengan syarat:

* Pemainnya adalah orang yang ahli dengan sukan tersebut
* Kemungkinan untuk mereka selamat dan tidak cedera atau mati adalah tinggi (ghalabah al dhann)
* Tidak ada pertaruhan wang / harta benda Sebaliknya, jika dikhuatiri permainan itu akan membawa
   bahaya dan mudarat kepada pemainnya, atau pemainnya juga tidak ahli dalam sukan tersebut,
   maka ianya dilarang dalam semua keadaan, samada ada pertaruhan ataupun tidak.

d. Permainan Sukan Biasa
Untuk permainan sukan biasa, sekiranya ada pertaruhan, maka ianya adalah judi yang diharamkan. Sebaliknya, jika ia dibuat tanpa pertaruhan wang, maka hukumnya yang asal

29 Lihat An Nawawi, Al Minhaj, jilid 15, m/s 15.

menyihatkan tubuh badan, dapat mengisi waktu lapang secara sihat, mengajar semangat kesukanan dan setiakawan, melatih kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental.
Namun, perlu juga diperhatikan beberapa perkara sampingan seperti isu pemberian hadiah. Sekiranya ada hadiah yang disediakan, maka ia perlu memenuhi beberapa syarat, iaitu:

* Hadiah disediakan oleh pihak ketiga, bukannya sesama pemain itu sendiri.
* Sekiranya hadiah dibayar oleh pemain sesama sendiri, dimana pihak yang kalah akan membayar
   kepada pihak yang menang, ini adalah suatu bentuk judi yang dilarang. (Contoh, mengenakan
   yuran untuk bertanding dan duit dari yuran itu digunakan untuk memberi hadiah kepada
   pemenang).
* Namun, jika seseorang berkata: “Mari kita berlumba dan saya akan beri hadiah jika kamu menang,
   tapi jika saya menang, kamu tidak perlu memberi sebarang hadiah kepada saya”. Ini tidak
   termasuk dalam judi yang di larang

Selain dari itu, sebarang pertandingan sukan juga mesti terjaga dari perkara lain yang dilarang, seperti: mendedahkan aurat, meninggalkan solat atau kewajiban agama yang lain, melalaikan dari mengingati Allah, percampuran bebas di antara lelaki dan wanita, serta pergaduhan dan permusuhan sesama pemain.


e. Peraduan-peraduan yang berasaskan hadiah
Dalam konteks ini para fuqaha’ ada membincangkan syarat-syarat untuk peraduan atau pertandingan yang dijanjikan hadiah.
Pertamanya, adalah srat-syarat umum pertandingan iaitu:

* Tahu peraturan pertandingan secara jelas, contoh: jika pertandingan lari: di mana garis permulaan
   dan penamat;
* Peraturan yang sama kepada semua pemain supaya adil, contoh: waktu permulaan yang sama,
   samarata dari segi kemampuan atau kekuatan / kelemahan peserta.
* Jenis permainan dan pemain yang sama kategori (contoh: kanak-kanak sesama kanak-kanak) untuk
   sesuatu peraduan supaya adil terhadap peserta.

Syarat-syarat berkaitan hadiah adalah sama seperti yang dibincangkan di atas mengenai sukan yang diberi hadiah iaitu:
* Hadiah dari pihak ketiga - dibenarkan
* Hadiah bukan dari sesama peserta, jika sesama peserta maka ini sama seperti pertaruhan dimana
   pihak yang kalah membayar kepada pihak yang menang
* Jika hadiah dari seorang peserta sahaja untuk sesiapa yang menang, dibenarkan dengan syarat
   hadiah tidak kembali semula kepada peserta yang memberi hadiah tersebut.

PENUTUP

Akhirkata, dapatlah disimpulkan bahawa judi adalah suatu perkara yang jelas telah diharamkan dalam Islam. Bentuk-bentuk judi ini pelbagai dan kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan perangkap judi kerana kadang-kadang terkeliru dengan nama yang digunakan, seperti, peraduan, pertandingan atau sukan.
Secara umumnya permainan yang mengandungi unsur pertaruhan adalah judi dan dilarang. Sesetengah permainan, walaupun tiada unsur pertaruhan, masih juga dilarang kerana melalaikan dari mengingati Allah dan menunaikan kewajiban agama yang lain, seperti solat; ataupun kerana menimbulkan pergaduhan dan permusuhan.
Sekiranya ummat Islam benar-benar memahami, menghayati dan mentaati perintah Allah dalam menjauhi segala bentuk perjudian, nescaya mereka akan terselamat dari dosa dan keburukan judi yang disebut secara khusus dalam ayat 219 surah al baqarah dan ayat 90-91 surah al maidah. Semoga Allah melindungi ummat Islam dari penyakit judi dan bahaya-bahayanya.
  

Tuesday, 17 July 2012

Vatican city dan Dunia akhir zaman part 12


Saya ; hah!…
maksud pak cik adolf Hitler dan nazi…
wah..hebat betul sejarah menipu dunia ni…
tak terfikir saya macamana perang ini boleh direka…

Bishop ; selepas perang tamat
Maka umat manusia telah sedar bertapa pentingnya ilmu ini…
Ilmu benedictine
Bodoh lah nenek moyang kamu itu!!
Maka disebabkan peperangan,
Keselamatan jasad manusiatelah diragut….
Manusia telah hidup menderita dan mula merasakan rindu kepada keamanan…
Ini telah membuatkan penjajah berpeluang untuk berkata kepada mereka
“lihatlah disebabkan rakyat mengabaikan kepentingan untuk memajukan diri,
Rakyat telah menjadi lemah kerana tidak dapat mempertahankan tanah air,
Tidak ada ilmu untuk bersaing dgn negara musuh,
Bila dah perang rakyat nak beribadat pun x boleh”
Lalu penjajah berkata
“ kamu perlu mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air kamu…
Jika tidak agama kamu pun tidak akan selamat”
“peperangan ini sungguh kejam,
Membunuh dan menindas sesiapa saja
Dan kamu mesti tahu bagaimana nak mempertahankan diri”
Lalu nenek moyang kamu yg bodoh itu pun menjawab
“ya.. Benar,
Kami perlu selamatkan tanah air kami dan agama kamu..
Kami tidak mahu tanah air menjadi seperti negara2 yg berperang itu..
Sila ajar kami bagaimana nak mempertahankan tanah air kami”
Perang dunia pertama telah membuatkan nenek moyang kamu tiada pilihan selain belajar
dari penjajah….
Tiada pilihan…
Paus sangat gembira dengan berita yg dibawa paderi2 jesuit..
Maka Paus memerintahkan penjajah mengajarkan mereka ilmu2 untuk melindungi
keselamatan jasad,
Cara2 membina sebuah kerajaan,
Mengajarkan mereka menguruskan wilayah dan meramaikan lagi pahlawan tempatan…
Pembesar2 dan bangsawan2 kamu yg bodoh itulah orang terawal diajarkan benedictine
order
Pada waktu ini kamu belum diajar lagi ilmu2 renaissance iaitu ilmu2 yg memberikan
kenikmatan kepada jasad…
Selepas itu paderi2 jesuit telah mengadu kepada Paus
Bahawa benedictine sudah mula diterima,
Tetapi bagaimana ia akan mengalir sehingga ke setiap kelahiran manusia…
Kelahiran manusia lebih pantas dari benedictine order menjalar ke bumi..
Vatican belum berpuas hati dgn pencapaian ini…
Selagi ia tidak mejalar kepada semua manusia
Lalu Paus menitahkan “knight of teutonic
Untuk membantu kerja2 knight templar
Apabila benedictine telah sempurna membina landasan
Untuk dipelajari pula oleh setiap nyawa manusia nanti….
Malang sungguh umat sekalian manusia…
Ilmu2 cendekiawan islam yg asli berada di tangan vatican,
Ilmu2 yg penjajah ajarkan kepada kamu adalah ilmu2 yg telah di “sihir” kan….

Saya ; pak cik cakap ilmu yg disihirkan??..
ilmu pun boleh disihirkan ke?..
tak pernah saya dengar ilmu sesuatu yang boleh disihirkan…
dalam islam pun saya tak pernah dengar pasal ini…
saya ingat sihir tu perkara jahat yg berkaitan alam ghaib saja…

Bishop ; …vatican dan keturunannya tidak akan sesekali menyihir jasad manusia
Kami tidak akan melakukan perkara2 bodoh seperti sihir2 murahan di dunia ini..
Wahyu pertama kepada Nabi Muhamad telah di “benedictine” kan…
Hanya vatican,
Dari paus hinggalah paderi saja di atas planet ini yg mampu melakukan semua ini…
Kami sedar bahawa kami adalah nama2 makhluk yg tertulis di dalam al-quran
Dan menjadi sebab mengapa kamu umat islam diwajibkan mengenali 25 orang
rasul….

(kenapa media bersungguh-sungguh mempromosikan sejarah perang kepada masyarakat….
apa sebenarnya yg dh berlaku…
siapa orang yg terawal pakai baju kot dan tie …
Sihir itu sendiri adalah ilmu…ilmu yg disihirkan tu mcm mane pulak)

Saya ; ….sekarang ni memang susah nak pastikan
siapa yg akan jadi pengikut Al-Masih Dajjal ni..
saya sendiri tak boleh nak membandingkan sesiapa,
siapa yg jadi pengikut dan siapa yg terselamat..

Bishop ; YA,SEKARANG INI….
Apabila saya melihat wajah orang2 islam
Wajah mereka semakin lama semakin menyerupai kaum2 penyembah berhala
“patung”,
Malah saya pernah melihat seorang perempuan muslim 30 tahun dahulu
Dan saya datang kepada kepada perempuan itu
Dan mengatakan bahawa dia sebenarnya telah murtad…
Dan perempuan ini kembali bertanya kepada saya
Bagaimana saya mengetahuinya,
Saya tidak menjawab dan terus beredar…
Saya tidak gembira melihat perempuan itu

Saya ; eh…
kenapa pakcik pak cik tak jawab pertanyaan wanita itu?…
bukankah pak cik sepatutnya suka perkara ini berlaku?

Bishop ; saya tidak gembira mengenai perempuan itu
Kerana di dalam dirinya ada kemampuan untuk kembali kepada islam….

Saya ; tapi pak cik kata wanita itu telah murtad,
macam mane pulak dia dikatakan pak cik akan kembali Islam?
Bishop ; kerana dia mampu membezakan dirinya sendiri,
Dia boleh menilai islam itu bagaimana
Dan murtad itu bagaimana pula….
Kamu mesti menilai perempuan itu murtad bukan?….
Tetapi tidak bagi saya,
Saya mahu dia lebih dari murtad…
Tetapi perempuan seperti itu tidak lagi wujud…..
Malah manusia telah dipersiap-sipakan untuk lebih dari murtad


      

Saya ; kalau dah murtad tak dikira murtad
jadi macam mana erti murtad bagi pak cik??

Bishop ; murtad bagi saya adalah tidak mengetahui kedua-duanya…
Diberi tangan kanan digenggamnya iman
Apabila dia membuka genggamanya
Dia melihat apa yg ada di tanganya dia tidak tahu apa dia,
Diberi tangan kiri digenggamnya kafir
Apabila dia membuka genggamanya
Dia melihat apa yg ada di tanganya dia tidak tahu apa dia…
Ya…Saya tahu,
Dahulu kami cuba mengkafirkan Sahabat2 Nabi Muhamad dengan pedang di leher
mereka,
Kami gagal kerana mereka sedar,
Mereka melihat di depan mata mereka kami sedang memurtadkan mereka
Lihatlah….
Benedictine order akan mengkafirkan islam tanpa pedang di leher mereka…
Sungguh bodoh!!…..
Islam yg terakhir ini akan kafir tanpa mereka menyembah berhala,
Pekerjaan kamu seharian yg telah mengkafirkan kamu….
Ya,
Kerana kami satu2nya kaum yg mengetahui
Dengan sebenar benarnya bagaimana perhitungan Tuhan Nabi Muhamad…
Tuhan Nabi Muhamad itu menghitung bukan mengikut kesukaan kamu..
Islam seperti apakah ini…?
Apabila kami katakan benedictine order telah menyebabkan kerosakan jiwa saudarasaudara
mereka,
Lalu untuk menyedapkan hati sendiri mereka berkata
kami tidak buat apa apa pun,kami cuma mencari rezeki”…
Apabila mereka buat kebaikan,
Mereka berkata tuhan menilai di atas diri mereka yg melakukannya,
Apabila jasad mereka telah melakukan kejahatan,
Mereka mengatakan pula tuhan menilai hati mereka
Tuhan Nabi Muhamad telah diperbodoh-bodohkan oleh penyembahnya sendiri…
Maka dengan itu jugalah Tuhan Nabi Muhamad mengira mereka kafir walaupun
mereka tidak berniat begitu….
Benedictine order dicipta sempurna
Sehinggakan ia tidak memerlukan persetujuan dari hati kamu…
Jasad kamu lakukan,
Maka kamu akan dihitung….Allah di hari akhirat.

Saya ; ish…kalau begini,
tiada siapa la yg akan terlepas dari dikafirkan..
sebab semua orang bersalah dan cuba menutup kesalahan diri dengan memperalatkan
niat sahaja..

Bishop ; YA…
Dan paus roman peter ii
Telah mendapat pengikutnya yg ramai dari kalangan para perempuan (yang cute2…)
Lelaki yg mengikut Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan meniggalkan perempuan ini,
Walaupun perempuan ini adalah ibu,
Isteri
Dan anak mereka sendiri….
Bodoh benar makhluk perempuan ini
setelah Nabi Muhammad yg terdahulu selamatkan mereka dari ditimbus di padang pasir,
mereka khianat kembali kpd Nabi Muhammad
Nuh itu sudah merasa bertapa sakitnya,
maka giliran kamu akan tiba nanti…
Tuhan Nabi Muhammad telah menjanjikan pengikut kami terbanyak dari kalangan
perempuan
dan benar-benar telah memberikannya cuma kamu tidak menyedarinya…

Saya ; adakah pak cik sskarang ni cerita pasal petanda kiamat…
yang saya ingat la,
islam sendiri ada mengatakan wanita la yg paling ramai menjadi pengikut Al-Masih
Dajjal
dan masa tu hubungan sebagai suami,isteri,ibu dan anak akan terputus
sehinggalah Nabi Isa a.s akan mengajar kembali manusia untuk membina keluarga
semula….

Bishop ; YA..
Pada masa itu,
Jiwa manusia yg benar2 digenggam oleh Tuhan Nabi Muhamad saja
Yg sanggup meniggalkan orang yg mereka cintai
Dan mereka sayangi
Kerana iman kepada tuhan..
Manusia spt ini adalah diluar kemampuan vatican
Tapi saya tidak peduli mengenai si celaka ini!
Kerana paus sudah pun mempunyai pengikut yg meliputi isi bumi ini…
Besi pun lebih lembut dari hati si celaka ini
Bagaimanakah mereka ini mendapatkan kekuatan
Untuk mengabaikan orang yg mereka sayangi…
Kekecewaan lucifer telah disediakan Tuhan Nabi Muhamad
Kami tahu….
Ya…
Akan tiba masanya kewajipan mentaati sesama manusia akan digugurkan oleh tuhan
Nabi Muhamad..
Sehingga seorang anak yg meninggalkan ibunya sudah tidak dihitung sebagai derhaka
Wahai Tuhan Nabi Muhamad !!…
Kami ingin saksikan bagaimanakah kamu akan melanggar hukum yg kamu sendiri telah
ciptakan terhadap manusia..
Pada waktu itu,
Manusia akan merasakan bahawa tuhan mereka telah menipu janji-janjinya…
Paus akan buatkan tuhan muhamad terperangkap dengan suruhan agama ciptannya…
Apabila muhamad menyuruh kamu meniggalkan ibu kamu yang tidak lagi menyembah
tuhannya…
Lalu dengan senang-senang saja paus datang dan berkata
“wahai muhamad bukankah dulu kamu mengajar mereka supaya mentaati orang tua
mereka..
Sekarang kamu mengajar mereka derhaka pula,
Kamu dan tuhan kamu ini sememangnya penipu”
Lihatlah….
Mana satu pilihan kamu,
Mereka yg menyertai paus roman peter ii akan berbahagia
Tidak perlu terpisah dengan keluarga mereka,
Dan mereka yg memilih mengikut muhamad
Akan menderita,
Derita yg teramat sangat sehingga pedang yg menyiat kulit mereka itu dirasakan seperti
dihinggap nyamuk saja,
Hati mereka umpama cermin yg bukan saja pecah,
Tapi hancur luluh menjadi butiran pasir…

Saya; wah…
ni betul2 suatu pilihan yang amatlah berat..
tak dapat saya bayangkan bagaimana dahsyat suasana pada waktu itu
jika saya derhaka kepada mak saya pun tidak akan dikira Allah s.w.t sebagai derhaka…
macam mana agaknya suasana pada waktu itu ye pak cik??

Katakanlah (wahai Muhammad):
“Jika bapa-bapa kamu,
dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu,
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
dan kaum keluarga kamu,
dan harta benda yang kamu usahakan,
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya
dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). –
Al-Quran
Surah At-Taubah
Ayat 24,


Sehingga satu masa nanti,
inilah yang akan menjadi penghalang dalam kita hendak beragama,
daripada ayat ini dapatlah kita lihat,
agama sememangnya sudah jauh dari landasan yang sebenarnya sehinggakan suatu
masa nanti,
kita yang hendak beragama dengan sebenar-benar agama akan di tentang pula oleh ahli
yang terdekat kita.
Seperti apa yang diperkatakan oleh Bishop tu,
Nabi Muhammad. sememangnya melarang kita dari menderhakai kedua orang tua
dan ini tetap akan kita patuhi dan menghormati mereka sampai bila-bila.

Agama sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad akan kembali terasing.
"Islam mula tersebar dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing pula"
Hadis Sahih Riwayat Abu Hurairah.

Agama yang akhirnya akan kembali terasing sebagaimana Nabi Muhammad mula-mula
menyebarkannya
maka ramailah yang akan menentang
walaupun dari ahli keluarga sendiri.
Jadi berhati-hatilah,
ibubapa tetap ibubapa
dan mereka selayaknya di hormati sehingga ke akhirnya.

Bishop; vatican benar2 merindui peperangan salib..
Tidak ada peperangan yg lebih perit pernah dilalui oleh paderi2 melainkan perang salib.
Penjajahan dan perang dunia sekalipun lebih selesa dari menghadapi salahudin
lebih 200 tahun itu adalah penentu nyawa gereja…
kami benar2 bertuah mempunyai seorang wali seperti st.valentino..
dia adalah orang ke-2 selepas paus.
sbg menghargai jasanya,
kami telah mempamerkan jasad st. valentino di vatican
bukan itu saja,
malah paderi2 yg berjasa besar kepada vatican telah disemadikan di dalam keranda
cermin..
pada hari ini ada 200 orang cardinal
yg sebenarnya adalah orang yg sama spt st.valentino ,
jika seorang saja st.valentino boleh menewaskan Salahudin,
bayangkan saja bertapa dahsyatnya peperangan jika 200 orang ini perlu turun ke
padang…
cardinal penjaga di wilayah matahari terbit pernah berkata kepada saya
peperangan yg dijanjikan Tuhan Nabi Muhamad nanti,
penderitaan manusia itu sama seperti penderitaan yg dihimpunkan sejak terciptanya
manusia
kemudian dicampakkan untuk pengikut Nabi Muhamad
sebagaimana Nabi Muhamad telah menjadi wakil kepada kerja2 nabi terdahulu,
maka begitu juga pengikutnya akan menjadi wakil dan merasa kesakitan umat nabi2
terdahulu
ya…200 kali ganda lebih dahsyat dari perang salib,
Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) perlu menentang 200 orang cardinal ini,
jika tidak…
usah bermimpi untuk berdepan dgn Paus Roman Peter ii

Saya ; tapi bukankah Imam Mahdi akan berkuasa selama 7 tahunkan…
maksudnya dia akan menewaskan Paus Roman Peter ii dalam masa tujuh tahun ke?

Bishop;..SETELAH 700 TAHUN KAMI MELAKSANAKANYA
Dengan mudah saja Tuhan Nabi Muhamad ingin menghancurkanya dalam 7 tahun saja…
Saya ingin lihat bagaimana muhamad akan melakukanya nanti….


                                                                Tamat!!!